Pegawai Kadet Kanan

Angkatan Tentera Malaysia
Angkatan Tentera Malaysia
Tentera Darat Tentera Laut Tentera Udara
Pangkat Pegawai Angkatan Tentera
Fil Marsyal Laksamana Armada Marsyal TUDM
Jeneral Laksamana Jeneral TUDM
Leftenan Jeneral Laksamana Madya Leftenan Jeneral TUDM
Mejar Jeneral Laksamana Muda Mejar Jeneral TUDM
Brigedier Jeneral Laksamana Pertama Brigedier Jeneral TUDM
Kolonel Kepten Kolonel TUDM
Leftenan Kolonel Komander Leftenan Kolonel TUDM
Mejar Leftenan Komander Mejar TUDM
Kapten Leftenan Kapten TUDM
Leftenan Leftenan Madya Leftenan TUDM
Leftenan Muda Leftenan Muda Leftenan Muda TUDM
Pegawai Kadet Kanan
Kadet
Lain-lain Pangkat Angkatan Tentera
Pegawai Waran I Pegawai Waran I Pegawai Waran Udara I
Pegawai Waran II Pegawai Waran II Pegawai Waran Udara II
Staf Sarjan Bintara Kanan Flait Sarjan
Sarjan Bintara Muda Sarjan Udara
Koperal Laskar Kanan Koperal Udara
Lans Koperal Laskar Kelas I Laskar Udara Kanan
Prebet Laskar Kelas II Laskar Udara I
Prebet Laskar Muda Laskar Udara II
Perajurit Muda Perajurit Muda Perajurit Muda

Pegawai Kadet Kanan atau midshipman adalah pangkat pegawai paling rendah, dalam Royal Navy, Tentera Laut Amerika Syarikat, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan kebanyakan tentera laut Komanwel yang lain. Negara komanwel yang menggunakan pangkat ini termasuklah Kanada (Kadet Laut), Australia, Bangladesh, Namibia, New Zealand, Afrika Selatan, India, Pakistan, Singapura, Sri Lanka, dan Kenya. Didalam TLDM pangkat Pegawai Kadet Kanan setaraf dengan Pegawai Rendah Kanan dalam Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Pegawai Rendah Kanan dalam Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Pada abad ke-17, pegawai kadet kanan adalah penarafan bagi kelasi berpengalaman, dan perkataan itu berasal dari kawasan atas kapal, amidships (peminggang kapal), juga dimana penarafan asal bekerja atas kapal, atau dimana dia beradu. Bermula abad ke-18, calon pegawai bertauliah telah dinilai sebagai midshipman, dan penarafan kelasi perlahan-lahan mula lenyap. Menjelang era Napoleon (1793–1815), midshipman adalah seorang pegawai perantis yang pernah berkhidmat sekurang-kurangnya tiga tahun sebagai sukarelawan, pelayan pegawai atau kelasi mahir, dan setaraf dengan pangkat Laskar Kanan zaman sekarang. Selepas berkhidmat sekurang-kurangnya tiga tahun sebagai midshipman atau master mate, dia layak mengambil peperiksaan bagi pangkat Leftenan. Kenaikkan pangkat ke leftenan tidak secara automatik, dan ramai midshipmen mengambil tempat sebagai master mate untuk kenaikkan gaji dan tanggungjawab atas kapal. Midshipmen di Tentera Laut Amerika Syarikat dilatih dan dilayan sama dengan midshipmen dalam Royal Navy, walaupun tidak seperti rakan sepangkatnya dalam Royal Navy, midshipman merupakan pangkat Pegawai Waran sehingga tahun 1912.

Semasa abad ke-19, perubahan latihan pegawai dalam Royal Navy dan Tentera Laut AS membawa kepada pertukaran perantisan atas kapal dengan sekolah formal di maktab tentera laut. Midshipman mula menjadi pegawai kadet di maktab tentera laut. Para pelatih kini menghabiskan masa sekitar 4 tahun di maktab dan 2 tahun di laut sebelum kenaikkan pangkat ke pegawai bertauliah. Antara pertengahan abad ke-19 dan pertengahan abad ke-20, masa di laut berkurangan dari 1 tahun apabila usia kemasukan meningkat dari 12 hingga 18 tahun.

Pangkat yang setara dengan midshipman wujud di kebanyakan tentera laut yang lain. Menggunakan midshipman AS atau midshipman UK sebagai asas perbandingan, pangkat setara adalah kadet laut latihan menjadi pegawai rendah bertauliah. Menggunakan midshipman UK sebagai perbandingan, pangkat ini akan menjadi pegawai bertauliah paling rendah dalam struktur pangkat, dan setaraf dengan Ensain AS dari segi peranan dan tanggungjawab. Dalam kebanyakan Bahasa-bahasa Romawi, terjemahan literal istilah tempatan bagi "midshipman" ke bahasa Inggeris ialah "Navy Guard" (Pengawal Tentera Laut), termasuk bahasa Perancis garde marine, bahasa Sepanyol guardia marina, bahasa Portugis guarda-marinha, dan bahasa Itali guardiamarina. Hari ini, semua pangkat tersebut dipanggil kadet tentera laut, tetapi mengikut sejarah mereka dipilih oleh raja, dan dilatih sepenuhnya di darat sebagai askar.


Developed by StudentB